Rupanya Alumni SM Sains Selangor, Mierul Aiman juga miliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Sponsored

Nama Mierul Aiman kini semakin tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air apabila bakat baru ini begitu mendapat perhatian di kaca televisyen. Berjaya melonjak naik selepas membintangi drama Projek High Council, pelakon utama ini ternyata boleh berlakon dengan baik.

Dalam drama tersebut membuktikan Mierul Aiman tidak hanya disukai ramai peminat kerana wajah uniknya itu malah bakat sebagai pelakon seiring sekali gus namanya sering menjadi sorotan di media sosial.

Sponsored

Walau bagaimanapun, tentu ramai yang tidak tahu bahawa pelakon ini bukan sekadar kacak malah seorang anak seni yang bijak. Juara Hero Remaja 2021 ini merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.

Menerusi sumber juga, dia melanjutkan pengajian pula di Universiti Selangor dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian. Meminati dunia seni, dia turut menyertai kelab teater. Nampaknya, Mierul Aiman tidak mengambil mudah dalam pendidikan mahupun kerjaya. Kedua-dua dipelajarinya!

Sponsored

Dalam pada itu, pelakon yang semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan ini juga memilih perkataan berani bagi meletakkan dirinya sebagai seorang yang berani.

Pilih perkataan Berani

Sponsored
Mierul Aiman

“Mierul meletakkan diri Mierul sebagai seorang yang berani, berani untuk ke hadapan dan berani untuk sentiasa mencuba. Dengan sifat berani itulah Mierul dapat mengatasi kelemahan yang ada.” Ujar pelakon utama Projek High Council ini.

SumberRemaja