Makin jadi tumpuan! Amir Ahnaf bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu & graduan UPSI

Sponsored

Amir Ahnaf merupakan pelakon baharu semakin meningkat naik selepas membintangi drama Projek High Council. Membawa watak sebagai Kahar, Amir Ahnaf ternyata tidak hanya disukai kerana lakonannya malah wajah uniknya juga membuatkan dia sering dipuji dan mendapat sorotan ramai di media sosial.

Pun begitu, itu cerita mengenai kerjaya lakonannya dan ternyata latar belakang pendidikannya juga bukan calang-calang. Amir Ahnaf yang juga pemilik nama Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu.

Sponsored

Tidak hanya itu, Amir Ahnaf juga graduan dalam bidang Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan (Games Development) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, bercerita pula tentang kerjayanya sebagai pelakon, dia mendapat sokongan keluarga.

Ujarnya juga mama jejaka asal dari Terengganu ini memiliki latar belakang dalam dunia teater dan banyak membantu serta memberikan sokongan ketika dia melibatkan diri dalam teater ketika belajar di UPSI.

Sponsored
Amir

Tidak hanya itu, menerusi sumber juga Amir Ahnaf berkongsikan bahawa dia menghadiri uji bakat bagi watak Zahrin namun terpilih memegang watak Kahar. Ternyata watak Kahar dilakonkannya itu berhasil mendapat tempat di hati penonton drama Projek High Council sehingga dia tidak henti-henti menjadi tumpuan.

Watak sebenar berbeza dengan watak Kahar

Sponsored
Amir

“Amir seorang yang sangat manja, baik hati dan cakap pun lemah lembut dan kadang-kadang pendiam. Benda itu sangat berbeza dengan watak Kahar. Jadi ahli keluarga pun pernah berkata watak tersebut lain benar dengan diri saya.”

SumberRemaja