Shuib dirakam ke konsert, didakwa ditemani Watie- “Korang ni biarlah dia dengan siapa pun”

Sponsored

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu pada Disember lalu mengakui berkawan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah. Meskipun begitu, sejak dari itu usahawan wanita tersebut sering menjadi sorotan ramai di media sosial.

Walau bagaimanapun, nampaknya sekali lagi bapa kepada empat cahaya mata ini menjadi bualan ramai selepas dilihat menyaksikan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert, Ahad lalu. Malah lebih mencuri tumpuan ramai mereka dilihat mengenakan pakaian hampir sedondon.

Sponsored

Video kehadiran Shuib Sepahtu itu dirakam lalu tular menjadi tumpuan netizen di media sosial yang mana wanita disebelahnya juga mencuri perhatian umum apabila didakwa dia ke konsert tersebut bersama Watie.

Dalam pada itu, netizen diruangan komen juga tampil memberikan komen pedas terhadap segelintir individu yang kurang senang dengan hubungan pelawak terkenal itu dengan usahawan wanita tersebut.

Sponsored

Perkongsian tersebut bagi netizen, mereka dilihat sepadan dan ia merupakan hak Shuib Sepahtu juga untuk mengenal hati budi dan berkawan dengan wanita terbabit selain berkata sebaiknya mendoakan yang terbaik sahaja buat mereka.

‘Diorang lalu sebelah aku tadi. Ok je, sepadan dan sesuai la. Yang duk kondem tu korang nak dia menduda sampai umur…’

Sponsored

‘Kenapa kesah sangat Shuib nak berbini lagi? Pelik aku, artis lain kahwin lain elok je. Dia bukan kahwin lain masa…’

Shuib

‘Itu hal dia laa, jangan nak sibuk hal orang. Kalau berjodoh doakan kebahagiaannya. Itu dah cukup, doa yang baik-baik…’

Shuib

‘Biorlah dia, gepren dia kot… dahtu yang dia, anak-anak, mak dia berkenan.’