Individu Kutuk Rupa Anak Lelaki, Aliff Syukri Bagi Respon, “Kau Bukan Sempurna Pun Nak Hina Anak Aku…”

Sponsored

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berasa terpanggil untuk menjawab komen dari seorang individu ini tentang anaknya. Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu, Aliff Syukri memberikan jawapan kepada komen individu itu yang mengatakan anaknya kelihatan seperti orang India.

Difahamkan, komen itu ditujukan kepada anak lelaki usahawan tersebut iaitu Ammar Ahyyan. Tidak melatah dengan komen negatif itu, Aliff Syukri memberitahu dia tidak kisah dengan komen tersebut kerana menurutnya setiap manusia mempunyai keunikan mereka yang tersendiri.

Sponsored

“Ada orang suka muka Chinese look, ada orang suka muka India, tak salah pun kalau nak muka India pun.”

Jelasnya lagi, dia tidak kisah dengan komen negatif seperti itu kerana baginya lebih penting untuk anak-anaknya sentiasa kelihatan kemas dan pembersih. Dalam masa yang sama, Aliff Syukri turut menegur tindakan individu terbabit yang sewenang-wenangnya memberikan komen negatif tentang anak orang lain.

Sponsored

Usahawan itu turut memberitahu tiada siapa yang sempurna termasuklah individu yang melontarkan komen tersebut. Perkongsian video ini kemudiannya meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan Aliff Syukri ini.

Malah ramai juga yang memuji reaksi tenang usahawan itu menjawab soalan netizen walaupun ianya adalah komen negatif tentang anaknya. Meninjau di ruangan komen, netizen turut menasihatkan usahawan itu untuk tidak melayan komen-komen tidak sepatutnya seperti ini.

Sponsored

“First time dato jawab cool je, respect lah dato. Dato jangan layan orang macam ni, biarkan je…”

“Hari ni tengok syukri lebih matang and tenang, suka dengan perwatakan ni.”

“Amayan hensem, manis muka dia dan lembut je. Bila tengok muka dia sejuk je hati…”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok