Adam Shahz Bagi Amaran Fatin Afeefa Ke Mahkamah Untuk Tuntut Hak Penjagaan Anak, Minta Bawa Semua Bukti

Sponsored

Umum sedia tahu Adam Shahz yang juga adalah pelakon merupakan bekas suami kepada Fatin Afeefa. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan tersebut dan kini dijaga oleh Fatin Afeefa.

Setelah kecoh di sosial media Fatin Afeefa menamatkan zaman ibu tunggalnya dan menikahi seorang lelaki jutawan, baru-baru ini Adam Shahz turut mengeluarkan kenyataan memberikan amaran kepada bekas isterinya itu.

Sponsored

Ingatkan Fatin Afeefa

Memetik laporan mStar, Adam Shahz atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani mengingatkan Fatin Afeefa supaya menghadiri Mahkamah Syariah Shah Alam pada 26 Januari untuk sebutan pertama kes hak penjagaan anak perempuan mereka.

Anak perempuan mereka bernama Ivy Herra Sophia kini berusia 7 tahun dan difahamkan Adam Shahz membawa kes ini ke mahkamah kerana sukar untuk berjumpa dengannya serta akan menuntut hak sebagai seorang bapa.

Sponsored
@mstarmalaysia

Adam Shahz minta agar bekas isterinya hadir ke mahkamah Shah Alam pada 26 Januari nanti. Semoga dipermudahkan buat mereka. #mstar230105 #mstaronlineofficial #beritatiktok

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Adam Shahz minta Fatin bawa bukti

Menurut pelakon Juvana itu, buat masa ini dia hanya kemukakan satu kes sahaja tapi akan ada isu berbangkit lain.

Selain dari itu Adam Shahz bagi amaran serta sempat berpesan untuk Fatin Afeefa bawa semua bukti dan dokumen yang diminta sebelum ini agar kebenaran boleh ditegakkan di mahkamah.

Sponsored
Fatin Afeefa

“Mak kepada anak saya, ex saya block saya.. Saya tak dapat berhubung dengan anak saya langsung..Saya tak tahu apa yang jadi dekat sana. Rindu nak jumpa anak. Saya dinasihatkan untuk tidak pergi ke sana sebelum ada panggilan dari mahkamah. Takut ada kes lain..

“buat masa ini saya hanya berdoa semoga dipermudahkan..semoga kita dapat kesepakatan untuk kebaikan kedua belah pihak.” Ujar Adam Shahz bagi amaran pada Fatin Afeefa dalam temubual ini.

Tambahnya lagi dia tidak mahu war-warkan mengenai perkara ini di sosial media untuk menjaga aib kedua-dua belah pihak.

SumbermStar