Individu Samakan Vokal Nabila Razali Dengan Blackpink, Akaun Terus Lenyap Selepas ‘Diserang’ Netizen

Sponsored

Pada Sabtu lalu kumpulan K-Pop terkenal dunia, Blackpink telah mengadakan konsert jelajah dunia mereka di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dianggarkan ini antara konsert terbesar yang pernah dilakukan oleh kumpulan yang dianggotai oleh empat ahli ini dengan lebih 60,000 penonton.

Susulan kedatangan kali kedua mereka ke Malaysia, seluruh platform media sosial dipenuhi dengan video dan gambar dari peminat yang menghadiri konsert tersebut. Namun perkongsian dari seorang individu di Twitter ini telah mencetuskan rasa kurang senang netizen yang melihatnya.

Sponsored

Di dalam hantaran yang telah pun dipadamkan itu, individu tersebut berkongsikan rakaman semasa konsert berlangsung dan mengatakan nyanyian ahli kumpulan Blackpink sama sahaja dengan penyanyi Nabila Razali.

“Haha nyanyi live macam Nabila Razali.”

Sponsored

Dikecam netizen

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian netizen terutamanya peminat Blackpink yang menganggap perbandingan itu tidak wajar sama sekali. Malah ramai yang mengatakan perbandingan itu tidak adil kerana Blackpink dan Nabila Razali mempunyai latar belakang yang berbeza.

Dalam masa yang sama, netizen turut meminta individu itu untuk menghormati kedua-dua belah pihak memandangkan kumpulan dari Korea itu tidak ada mengganggu mana-mana artis. Susulan kecaman yang diterima ini, individu itu telah pun memadamkan hantaran tersebut malah akaun Twitternya juga turut sama lesap.

Sponsored

Netizen turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melayan individu tersebut kerana dia seakan cuba mencari perhatian memandangkan kumpulan Blackpink mempunyai peminat yang ramai di Malaysia. Malah ada juga yang menganggap dia sengaja mencetuskan perbalahan di platform Twitter untuk meraih pengikut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar