Puteri Balqis Nyanyi Single Pertama Berjudul Rinduku, “Dengar Lirik Auto Nangis”

Sponsored

Puteri Balqis yang cukup sinonim dengan pelakon air mata kini sudah semakin meningkat remaja. Jika dahulunya Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish ini seorang pelakon kanak-kanak hebat hingga pernah merangkul anugerah pelakon wanita terbaik.

Terkini siapa sangka Aqish memiliki bakat dalam bidang nyanyian. Artis remaja ini hadir dengan single pertamanya berjudul Rinduku. Puteri Balqis yang kini berada di bawah naungan syarikat rakaman Rusa Music menonjolkan bakat terpendamnya itu.

Sponsored

Malah sebelum muzik video Rinduku ini diterbitkan, perkongsian teaser lagu tersebut sahaja sudah berjaya meraih perhatian ramai. Berikut antara perkongsian teaser Puteri Balqis nyanyi single pertamanya itu:

@rusamusic

Sumpah tak boleh duduk dekat dengan Puteri Balqis, dia punya aura kesedihan tu sampai masuk dekat kita 🥺🥲 @Puteri Balqis Ashikin #rusamusic #rusamvm #rinduku #puteribalqisrinduku

♬ Rinduku – Verse – Puteri Balqis

Lagu dari melodi balada melankolik liriknya cukup menyentuh emosi siapa sahaja yang mendengarkannya. Tahniah buat Puteri Balqis dengan kehadiran single pertama dan mencipta satu lagi sejarah dalam kariernya sebagai anak seni.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui tersentuh hati mendengarkan bait-bait lirik lagu Puteri Balqis nyanyi ini. Berikut antaranya:

“Lagu dia nyanyi dengan hati ni, dengan kita2 meremang dan rasa”

Sponsored

“Semakin menginjak dewasa kamu melalui pelbagai rencah hidup. Suara dan raut wajah sangat mewakili cerita hidup mu”

“Awak intan permata yang sangat bernilai dalam industri seni…Semoga Allah pelihara kamu sentiasa puteri balqis”

“Tak aku dengar melodi, tengok muka je dah bergenang air mata. Dengar lirik, auto nangis”

Berikut adalah muzik video Rinduku yang Puteri Balqis nyanyi sehingga menyentuh emosi pendengar ini: