Selepas berhijrah, penampilan model dan pelakon dikenali dengan nama Izara Aishah ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Kehadirannya ke majlis-majlis turut menjadi tumpuan mata yang terpesona dengan kecantikannya.
Terbaharu, Izara Aishah bersiap cantik menghadiri Islamic Fashion Festival dan berkongsikan foto serta video membuatkan ramai memuji penampilannya itu.
Dalam perkongsian tersebut Izara Aishah dilihat menyarungkan busana labuh berkonsepkan ‘cape’ dengan corak berkilauan menonjolkan lagi kehadirannya. Selain itu Izara juga mengenakan hijab polos hitam serta sarung tangan melengkapkan lagi penampilannya.
Berikut adalah perkongsian muat naik dengan paparan Izara Aishah bersiap cantik di Instagram miliknya:
Patutlah nampak berseri, busana yang disarungkannya itu adalah hasil rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.
Malah di akaun TikTok milik pelakon ini turut dimuat naik satu video yang memaparkan Izara memakai busana sama di dalam sebuah kenderaan.
Memang cantik sungguh Izara Aishah dalam persalinan busana elegan ini. Kecantikannya memang terserlah dengan keyakinan yang ada pada dirinya. Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 200 ribu tontonan dan 17 ribu likes.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Izara Aishah. Berikut antara yang ditinggalkan oleh netizen di perkongsian tersebut:
“MashaAllah teramat cantik my idol”
“Ingat Arab. Tengok nama Izzara rupanya. Lawaa”
“Tabarakallah Arab sungguh”
“Subahanallah masyaallah tabrakallah Ica cantiknya Ica”