Di zaman serba serbi harga barangan dan makanan yang sedang meningkat naik kini, masih ada yang menjual nasi lemak dengan harga sebungkus RM1. Sesuai dengan harganya, kuantiti makanan yang disediakan bergantung kepada penjual.
Biarpun begitu dengan adanya pilihan sebegini dapat membantu sesetengah orang untuk mendapatkan makanan dengan harga yang lebih murah.
Salah seorang peniaga nasi lemak cukup popular di aplikasi TikTok dikenali dengan nama Bang Sudu baru-baru ini meluahkan rasa apabila ada netizen yang menuduhnya dengan beberapa perkara yang tidak enak didengar.
Berikut adalah luahan dimuat naik oleh pemuda ini menerusi akaun Twitter miliknya itu:
Dalam perkongsian tersebut pemuda ini memberitahu dia mendapat liputan dari sebuah akhbar tempatan. Namun apa yang tidak menariknya apabila di ruangan komen ada yang meninggalkan kata-kata yang membuatkan pemuda ini terkilan.
Antaranya adalah mengenai kuantiti dalam sebungkus nasi lemak yang dijual pemuda ini.
Itu antara tulisan dari netizen yang ditinggalkan di ruangan komen yang dikongsikan oleh ‘Bang Sudu’ jual nasi lemak RM1 ini. Malah pemuda ini turut meluahkan mengenai perkara tersebut seperti berikut:
“Saya scam atau ada yang tak reti bersyukur?”
Pertanyaan itu telah membuatkan warganet lain meninggalkan reaksi mereka yang mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Berikut antaranya:
“Susah juga kalau expect nasi lemak RM1 portion macam RM5 ni..”
“Ikutkan harga barang sekarang, nasi lemak RM1 tu pon memang tak wujud dah..”