Tular Video Shah Rukh Khan Berpakaian Ihram, Menunaikan Umrah Buat Pertama Kali

Sponsored

Salah seorang pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan yang memiliki peminat bukan sahaja di India malah namanya juga cukup gah di Malaysia.

Selepas menyambut hari jadinya yang ke 57 pada November lepas, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan Shah Rukh Khan berpakaian seperti sedang membuat umrah.

Sponsored

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini memaparkan figura tersebut dengan latar belakang seperti berada di Tanah Suci Mekah.

Berikut adalah rakaman yang dikongsikan dengan paparan membuat ramai meneka Shah Rukh Khan sedang menunaikan umrah:

Sponsored

Dalam paparan tersebut, biarpun pelakon popular ini memakai pelitup muka namun kelibatnya masih dicam orang ramai. Malah difahamkan juga ini adalah kali pertama Shah Rukh Khan mengerjakan umrah.

Menerusi sebuah laporan Hindustan Times, Shah Rukh Khan baru sahaja selesai penggambaran di sekitar Arab Saudi dengan judul filem ‘Dunki’.

Sponsored
Shah Rukh Khan

Selain dari itu figura ini turut menghadiri Festival Filem Laut Merah dan kemudiannya Shah Rukh Khan memilih untuk menunaikan ibadah umrah.

Selain dari video tersebut, beberapa muat naik lain yang memaparkan pelakon lagenda ini berada di Tanah Suci Mekah turut dikongsikan oleh peminatnya.

Di perkongsian ini juga membuatkan peminat Shah Rukh Khan tidak henti-henti rasa bersyukur. Malah ada juga yang meminta untuk membiarkan Shah Rukh Khan bersendirian supaya pelakon ini dapat menunaikan umrah dengan baik.