“Ini baru betul lelaki alpha”, Nabil Ahmad ‘bayar’ gaji isteri untuk berhenti kerja

Sponsored

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad bukanlah nama asing dalam dunia hiburan tanah air. Bakatnya yang serba boleh menghiburkan orang ramai dan mengendalikan acara besar membuatkan namanya kian mengukuh sebagai penghibur.

Terbaharu, isteri kepada Nabil Ahmad yang dikenali dengan nama Zira Ayub telah menjadi perhatian ramai. Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah pendedahan dibuat Zira Ayub mengenai kerjayanya yang dahulu ketika temubual bersama Zarul Umbrella.

Sponsored

Dalam temubual berkenaan, Zira Ayub menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi ‘flower pot’ Air Asia. Berikut adalah rakaman pendek temu bual yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Zarul Umbrella tersebut:

@zarulumbrellaofficial

Ikuti kisah menarik Zira yg merupakan wife kpd Nabil Ahmad semasa bertugas diawan biru bersama AirAsia

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

“Kenapa nak jadi kabin krew?” tanya Zarul. Jawab Zira, “sebab duit…”

Sponsored

Zira juga turut menceritakan tentang pengalamannya yang sempat bekerja itu hanya selama 3 tahun sahaja. Ceritanya, Nabil bertanya jika Zira ‘fly’ macam mana mereka nak berjumpa? Jadi selepas tiga tahun Zira terpaksa berhenti sebab mahu berkahwin.

“Kalau nak saya berhenti awak kena bayar gaji saya. berapa pendapatan saya awak kena bayar. Dia setuju, sebulan, dua bulan dia bayar. Bulan ketiga dah tak bayar sebab dah kahwin,” cerita Zira mengenai Nabil Ahmad bayar gaji kepadanya.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji selebriti ini bila dapat tahu Nabil Ahmad bayar gaji pada isterinya sama seperti masa bekerja. Berikut antaranya:

“Ini baru betul lelaki alpha, suruh awek berhenti dan bayar gaji. Terbaik haji Nabil”

“Pramugari rupanya. Sebab itu cantik slim meletop”

“Zira memang cantik..Tepat jawapan dia”

“Macam kawan saya, dia cikgu. Pastu lepas dapat anak husband suruh resign jaga anak. Husband dia bayar gaji bulanan siap EPF lagi lepas dia resign”