Suami ‘Relax’ Main Telefon, Netizen Kesian Fatin Afeefa Pegang Dua Pinggan Ambil Makanan, “Terpaling Alpha…”

Sponsored

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama lelaki dikenali sebagai Opai, pelakon Fatin Afeefa sering menjadi perhatian netizen di media sosial. Lagi-lagi apabila suaminya itu pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini pula, tular video memaparkan gelagat pasangan ini semasa berada di sebuah majlis yang mencuri tumpuan ramai. Di dalam video tersebut, Fatin Afeefa dilihat sedang beratur sambil memegang dua pinggan di tangan untuk diisikan makanan.

Sponsored

Pemilik video kemudian menegur gelagat pelakon itu yang hanya seorang diri mengambilkan makanan untuk dia dan suaminya. Dalam masa yang sama, pemilik video kemudian menunjukkan gelagat Opai yang sedang sibuk bermain telefon di tempat duduk mereka.

Malah dia turut menggelarkan Opai ‘tak boleh pakai’ selepas membiarkan isterinya sendiri mengambil makanan seorang diri manakala dia hanya sibuk bermain telefon. Perkongsian tersebut turut membuatkan rata-rata netizen berasa simpati melihat keadaan Fatin Afeefa yang terpaksa melayan kerenah suaminya itu.

Sponsored

Komen netizen

Malah ada juga yang menganggap tindakan lelaki itu sebagai ‘red flag’ dalam hubungan dan perlu dielakkan setiap wanita. Netizen turut berkongsikan pengalaman mereka di mana kebiasaannya suami akan sama-sama mengambil makanan bersama isteri untuk tidak membiarkan mereka seorang diri.

“Terpaling alpha.”

Sponsored

“Muka dia macam sedih je.”

“Tiber rasa auto bersyukur suami yang selalu ambilkan makanan.”

Sebelum ini juga, lelaki mesra dipanggil Opai itu telah menerima kritikan hebat apabila dia mengatakan tidak memerlukan usaha yang lebih untuk mengorat isterinya dahulu. Malah ada juga yang mendakwa lelaki itu sering memperlekehkan kaum wanita dengan kenyataannya sebelum ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok