Ira Kazar Berdepan Tindakan Undang-Undang, Ganggu Dan Kahwin Tanpa Izin

Sponsored

Hari ini sekali lagi media sosial kecoh dengan kisah rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof. Pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana dilaporkan telah hadir ke mahkamah syariah bagi urusan menfailkan penceraian dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Selesai urusan tersebut dan menerusi sidang media yang diadakan di sana, peguam Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan saman injunksi terhadap keluarga Kazar Saisi akan diteruskan kerana telah melanggar perintah mahkamah.

Sponsored
Puteri Sarah Liyana

Ira Kazar langgar injunksi difailkan Puteri Sarah

Menjawab soalan dari beberapa media bertugas di lokasi, peguam Puteri Sarah itu berkata tuntutan saman itu diteruskan selepas keluarga Kazar termasuklah Ira Kazar telah memuat naik kenyataan mengenai Puteri Sarah di media sosial.

“Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, Kazar dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari. Perintah injunksi itu kekal sehingga sekarang tapi jelas sekali mereka telah langgar perintah berkenaan,” kata Datuk Akberdin Abdul Kader mengenai Ira Kazar berdepan tindakan undang-undang mengenai isu ini.

Sponsored

Pernah hantar surat amaran

Memetik laporan Kosmo, sebelum ini pihak peguam telah menghantar surat amaran kepada keluarga berkenaan namun mereka sekali lagi melanggar dan menganggu Puteri Sarah. Apatah lagi Ira dan Syamsul bernikah di luar negara tanpa persetujuan dari Mahkamah Syariah di Malaysia.

Ira Kazar

Menurut Datuk Akberdin lagi, perintah injunksi yang mana Ira Kazar berdepan tindakan undang-undang berkenaan jelas sekali mereka tidak langsung boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai namun mereka melanggarnya dan bernikah tanpa izin.

Sponsored

Untuk info, awal bulan Januari Syamsul Yusof telah mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan Kazar Saisi.

SumberKosmo