PU Syed Tegur Trailer Filem Pulau Dikatakan Pakaian Terlalu Seksi & Ada Adegan Tak Sesuai Tontonan, “Tolong Tapis…”

Sponsored

Baru-baru ini judul filem tempatan, Pulau telah menjadi perhatian ramai selepas ada dakwaan trailernya keterlaluan. Filem ini dikhabarkan bakal ditayangkan di pawagan bermula 9 Mac ini dan membariskan beberapa pelakon terkenal seperti Amelia Henderson, ikmal Amry, Namron, Alif Satar dan ramai lagi.

Trailer yang memaparkan ringkasan filem Pulau ini bagaimanapun dikritik ramai kerana dikatakan memaparkan pakaian terlalu menjolok mata dan adegan tidak sesuai dengan pandangan umum.

Sponsored

Malah trailer filem Pulau ini juga turut mendapat perhatian PU Syed yang memuat naik satu video menegur mengenainya. Berikut adalah video PU Syed tegur trailer filem Pulau ini:

@pu_syedofficial

Mohon pihak berwajib dan yg berkaitan agar meniliti filem ini kerana banyak adegan dan gaya pemakaian yg sgt teruk!! Jika terlalu melampau, sekat dari ditayangkan!

♬ Munajat – DAQMIE
Dalam video PU Syed tegur trailer filem Pulau ini dengan meminta supaya pihak berwajib untuk menapis sesuatu karya sebelum ditayangkan di pawagam.

“Dikatakan filem ini mempunyai adegan-adegan yang tidak sepatutnya dipertontonkan dan gaya pakaian pelakon-pelakon yang sangat menjolok mata dan diterbitkan di Malaysia. Jadi saya nak mintak sangat pihak berkuasa, Finas, KDN, Jabatan Agama Malaysia..Mana2 yang boleh menapis filem daripada ditayangkan di pawagam di Malaysia, tolong tapis filem ini.

“Kalau tak rasa tak beri manfaat kepada manusia khususnya umat islam. Tolonglah batalkan tayangannya pada bulan Mac nanti, terutamanya ditayangkan di bulan Ramadhan… cukup2lah kita bagi ruang manfaat kepada negara dan masyarakat”, Ujar PU Syed.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan teguran PU Syed mengenai filem tempatan ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Alhamdulillah masih ada yang nak menegur..Kadang-kadang ni yang Allah tengok perkara mungkar terjadi, masih ada tak orang nak menegur atau melihat saja”

“Betul sangat..Setuju filem nie pemakaian dia terlalu mencolok mata..Walaupun ada yang bukan Islam berlakon”

Sponsored

“Mula2 tengok trailer ingat cita Indonesia rupanya kat Malaysia..Terkejut campur sedih kecewa marah hmmm”

“Dia buat cam ala2 omputih dah..Pergh nasib aku tak minat tengok citer camni”