Baru-baru ini pelakon lelaki dikenali dengan nama Afiq Muiz pula menjadi bualan ramai selepas kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. Petang Rabu, isterinya memfailkan fasakh di Mahkamah Syariah selepas mendakwa Afiq Muiz tidak beri kerjasama dalam perbicaraan tuntutan cerai sebelum ini.
Malah timbul juga isu isteri dakwa dipukul pelakon lelaki itu. Menurut isteri Afiq Muiz dikenali dengan nama Pachara Apin, dakwaan tersebut bukanlah fitnah.
Bukan fitnah dakwa pernah kena pukul
Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahadeya, 32 yang juga seorang pelakon mengakui dakwaan dirinya dipukul bukanlah fitnah.
Berikut adalah muat naik dari isteri dakwa dipukul bukan fitnah semata-mata. Turut dipaparkan bukti dirinya telah dikasari dalam gambar berikut:
Instagram Afiq Muiz kena ‘serang’
Terbaharu meninjau di Instagram Afiq Muiz, pelakon ini telah memuat naik satu foto dengan kapsyen yang agak ‘mengundang’.
“Sedang berpuasa Dan tak sangka Iblis Masih ada di bulan Ramadan… Atau mungkin mereka pengikut iblis”
Balas setiap komen netizen
Nampaknya muat naik Afiq Muiz ini telah membuatkan warganet mula ‘serang’ dan menegur pelakon tersebut. Malah lebih membuatkan ramai tak sangka, Afiq Muiz membalas setiap komen yang ditinggalkan netizen.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram Afiq Muiz ini:
“Kenapa cara dia reply komen2 netizen macam budak2 ek”
“Apa2 pun masalah jangan sampai datang tangan. Duduk bincang elok2. Kalau dia salah tegur, kalau betul dia buat benda tu lepaskan baik2”
“Dia pernah jadi orang yang pernah ko sayang. Kenanglah juga sedikit kebaikan yang pernah dia lakukan selama ni”
“Bini mintak cerai permudahkan je la urusan mahkamah kalau tak buat salah..”