Sebelum ini, doktor selebriti Dr Say Shazril mendedahkan dia telah menerima satu bungkusan misteri dihadiahkan oleh wanita tidak dikenali. Menurutnya, bungkusan yang mempunyai namanya itu telah lama dihantarkan ke klinik isterinya, Dr Azura dan baru kini dibuka oleh isterinya.
Baru-baru ini pula, giliran isterinya pula menerima sebuah kad yang dihantarkan oleh wanita misteri yang sama. Lebih mengejutkan, wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Ayu itu mengatakan dia merupakan madu kepada Dr Azura ataupun isteri kepada Dr Say di dalam kad tersebut.
Boleh timbulkan fitnah
“Saya buat post ni bukan nak aibkan Ayu, in fact saya dah sorok muka Ayu tapi Ayu sendiri yang berani ke hadapan untuk mengaku dirinya Ayu. Tujuan saya buat post ni adalah ye pada awalnya sebagai fun fun cuma bila saya cuba amati keadaan ni elok-elok baru saya tahu betapa bahaya it could have been.”
Jelas Dr Say, isterinya tidak menerima bunga, coklat dan belon seperti yang diterimanya sebelum ini. Sebaliknya, pengirim tersebut hanya menghantarkan sebuah kad kepada isterinya itu. Tambahnya lagi, tujuan dia memuat naik gambar tersebut bukanlah untuk mengaibkan wanita bernama Ayu itu.
“Admire orang lain is fine tapi to approach them in such manner/ saying such things is a NO NO. Boleh menimbulkan fitnah, boleh merosakkan rumah tangga, boleh menimbulkan syak wasangka jadi kepada Ayu, i forgive you but lepas ni simpan dalam hati ye?”
Tak berniat ganggu
Difahamkan, wanita bernama Ayu itu telah tampil membuat permohonan maaf kepada Dr Azura di dalam perkongsian Dr Say sebelum ini. Menurutnya, dia tidak berniat mahu mengganggu rumah tangga pasangan doktor ini sebaliknya dia sayangkan pasangan itu dan mengagumi mereka dari jauh.
Komen netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Dr Say dan isteri untuk sentiasa berhati-hati susulan kejadian yang berlaku ini. Malah ramai yang bimbangkan keselamatan pasangan ini dan berharap mereka mengambil serius dengan ancaman seperti ini.
“Tak kelakar lah nak cakap suami orang suami kau dan isteri orang madu kau. Tak kelakar langsung.”
“Perempuan sewel dan penyondol itu wujud…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.