Shuk Sahar Dan Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu, “Kami Duduk Berbincang Dan Berpisah Dengan Baik…”

Sponsored

Pelawak Shuk Sahar akhirnya mendedahkan mengenai status perkahwinannya dengan isteri, Rossa Sera selepas sekian lama ia menjadi pertanyaan ramai. Menurut pelawak itu, dia telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Shuk memberitahu keputusan itu diambil di atas persetujuan bersama dan dibincangkan dengan baik di antara dia dan bekas isteri. Difahamkan, mereka melakukan perbincangan mengenai hubungan itu sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun ini.

Sponsored

“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu. Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik.”

Dalam masa yang sama, Shuk memaklumkan dia dan bekas isteri masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak mereka. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Shuk menganggap ini dapat dijadikan pengajaran buat dirinya untuk menjadi lelaki yang lebih baik pada masa akan datang.

Sponsored

“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang.”

Pelawak itu memberitahu fokusnya sekarang hanyalah untuk anak-anaknya yang kini tinggal di Sabah bersama dengan ibu Sera. Jelasnya lagi, buat masa ini anak-anaknya berada di sana memandangkan anak sulungnya sudah mula bersekolah di darjah satu.

Sponsored

Terdahulu, Sera memfailkan cerai terhadap Shuk Sahar pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang dengan orang ketiga. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7 tahun dan Nur Assyifatu Aimi, 4 tahun.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar