Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah telah membawa kekasihnya, Ubai untuk berjumpa dengan ibunya Datin Fauziah Sarman. Mereka dilihat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama di sebuah restoran dan turut disertai oleh seorang lagi ahli keluarga Shila.
Seakan-akan merestui hubungan tersebut, Datin Fauziah turut memuat naik gambar pertemuan itu di Instagram. Di dalam hantaran itu, kelihatan Datin Fauziah bersama anak lelakinya dan Shila Amzah serta kekasihnya Ubai di sebuah restoran.
Melihatkan kemesraan mereka ini, netizen turut mendoakan hubungan Shila dan Ubai dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin. Walau bagaimanapun, ada pula netizen yang menegur raut wajah bakal menantu Datin Fauziah ini yang dikatakan sama dengan suaminya, Datuk ND Lala.
Terusik dengan pertanyaan dari netizen itu, Datin Fauziah kemudiannya tampil memberikan respon dan menjawab dengan nada bersahaja. Kata ibu kepada Shila Amzah ini, tidak mengapa sekiranya wajah Ubai disamakan dengan suaminya namun dia berharap bakal menantunya tidak memiliki perangai yang sama.
“Muka sama takpe jangan perangai sama.. takutttt.”
Terdahulu, konflik rumah tangga penyanyi ND Lala dan isterinya mula diperkatakan apabila Datin Fauziah memuat naik gambar seorang wanita yang dikatakan isteri kepada suaminya. Difahamkan, wanita yang digelar sebagai ‘penyondol’ itu merupakan rakan baik kepada Shila dan mempunyai hubungan baik dengan mereka sekeluarga.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.