Isteri Rakam Ameng Spring Mengaji Jadikan Rutin Setiap Pagi Dan Lepas Maghrib, “Sedap Suara Dia”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelantun suara bagi lagu Bourgenvilla ini. Nama Ameng Spring cukup popular di era 1990-an yang mana pada waktu itu dia menjadi vokalis kumpulan Spring.

Namanya terus menjadi perhatian ramai selepas dipenjarakan atas kesalahan pengambilan dadah. Bagaimanapun Ameng sudah pun dibebaskan kini dan kembali aktif dalam industri hiburan tanah air.

Sponsored

Terbaharu satu rakaman dengan paparan Ameng Spring mengaji pula telah menjadi perhatian ramai. Video dengan paparan isteri rakam Ameng Spring mengaji dengan menjadikan rutin setiap pagi dan lepas Maghrib membuatkan ramai kagum.

Berikut adalah rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok isteri penyanyi ini dengan nama Sabariah Zakariah:

Sponsored
@sabameng

Rutin setiap pagi & maghrib Mr Hubby. Ni pagi tadi sempat record utk mereka di TT yg minta video Abg Ameng mengaji.Utk tgk Abg Ameng mengaji boleh ke YouTube AmengSpringOfficial..byk video dia dh upload kat YT. Semoga bmanfaat utk semua #amengspring #amengspringmengaji #amengspringofficial #artismalaysiaofficial #fyp #fypシ #fypage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Sabariah Zakariah – Sabariah Zakariah

“Rutin setiap pagi & maghrib Mr Hubby. Ni pagi tadi sempat record utk mereka di TT yg minta video Abg Ameng mengaji.Utk tgk Abg Ameng mengaji boleh ke YouTube AmengSpringOfficial..byk video dia dh upload kat YT. Semoga bmanfaat utk semua”, tulis isteri Ameng di ruangan kapesyen perkongsian tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi mereka dengan memuji penyanyi ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

Sponsored

“Alhamdulillah merdu suara Abang Ameng”

“Semoga alunan bacaan Al-Quran ini dapat mengajak orang ramai untuk terus tanam kecintaan kepada Al Quran”

“MasyaAllah..Sedap nya suara Ameng. Aku pun tak sesedap ni”

Malah ada satu komen yang ditinggalkan isterinya memberitahu Ameng belajar mengenal huruf-huruf semasa dia di penjara dan mula dari situ dia belajar mengaji dari Iqra’.

SumberTikTok