Semenjak mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti Da’i Syed, Hana Ismail semakin menjadi perhatian netizen di media sosial. Malah apa sahaja yang dimuat naik oleh pasangan ini pasti akan menjadi bualan ramai seperti video terbaru yang dikongsikan ini.
Di dalam hantaran video itu, Da’i Syed dan Hana Ismail dilihat memakai busana raya dan rancak menari di tengah bendang pada satu Syawal yang lalu. Namun perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang menegur tindakan pasangan itu memuat naik video tersebut untuk tontonan umum.
Malah gelagat mereka yang berhibur dan menari di tengah bendang itu juga turut menerima kritikan netizen tambahan pula dengan status Da’i Syed sebagai seorang pendakwah. Selain itu, penampilan Hana Ismail juga turut menjadi bualan ramai apabila pengacara itu dilihat mengenakan tudung singkat tidak menutupi bahagian dada.
Ditambah pula dengan aksinya yang lincah menari sehingga menampakkan bahagian bentuk badannya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menasihati pasangan ini untuk menjaga batasan dalam berkongsi dan mengurangkan perkongsian seperti itu untuk mengelakkan kecaman ramai.
“Keciknya tudung isteri.”
“Tak malu ke menari macam tu.”
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur. Terdahulu, pendakwah selebriti ini dibebaskan dari segala pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita beberapa tahun lalu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.