Isu Dakwaan Shila Amzah Perampas, Ini Jawapan Penyanyi Berbakat Itu…

Sponsored

#shibai menjadi tumpuan umum selepas penyanyi bernama Shila Amza dan pempengaruh dikenali dengan nama Ubai dikatakan memiliki hubungan istimewa. Pasangan ini agak terbuka menceritakan mengenai hubungan tersebut membuatkan mereka menjadi tumpuan ramai.

Malah boleh dikatakan Shila Amzah dan Ubai juga sering membuat live di satu aplikasi bersama membuatkan hubungan mereka menjadi topik hangat netizen.

Sponsored

Shila Amzah terus terang mengenai hubungannya dengan Ubai

Terbaharu Shila Amzah mendedahkan tentang mengenai hubungan mereka menerusi satu temubual bersama rancangan Melodi.

“Kami sudah bersahabat dah lama. Sebenarnya hubungan kami nothing much change pun. Cuma dikatakan dari kawan baik dan kami decide nak jalani hubungan lebih serius. Cuma boleh dikatakan doakan baik-baik je.”

Sponsored

Malah Shila juga akui yang dia agak terbuka dengan hubungan ini kerana orang akan tanya bila tahu mereka rapat. Jadi dia memilih untuk berterus terang bagi memudahkan keadaan.

“Orang akan tanya bila nampak kami sering kali keluar bersama, jadi saya straight forward je terus. Senang. Pada 2023 ni nak selindung-selindung lagi. “

Sponsored

Ubai dah bertemu bapa Shila

Selain dari itu, Shila turut memberitahu tentang Ubai telah pun bertemu bapanya. Malah sempat juga penyanyi ini memuji pasangannya itu.

“Sebenarnya mereka telah pun berjumpa. Ubai ni pergi pilih the right channel terus.”

Isu dakwaan Shila Amzah perampas

Ada juga timbul isu dakwaan Shila Amzah perampas yang mana telah menganggu hubungan Ubai dengan seorang penyanyi baru. Namun ini adalah reaksinya:

“Yang diperkatakan adalah kawan-kawan sahaja. Semua orang tahu Ubai ni influencer. Ubai sendiri sudah belajar sesuatu. Kalau baca atau lihat di internet tu bukannya betul. Kadang isu perampas ni di bayar oleh syarikat. All this things, marketing…Kadang company create cerita tu nak hype kan lagu tu. Sebab Ubai muncul dalam muzik video lagu tu..”