Isu Pecah Pasu RM400K, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar, “Saya Bukan Berlakon Dan Tangan Saya Terluka…”

Sponsored

Baru-baru ini kecoh apabila tular video membabitkan pelakon Yana Samsudin dan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di media sosial. Di dalam video tersebut, berlakunya ketegangan dan pergaduhan di antara usahawan itu dan suami Yana dipercayai akibat insiden pasu pecah yang bernilai RM400K.

Difahamkan, Yana dan suaminya Fadzil Zahari berada di kediaman Aliff Syukri untuk merakamkan sebuah program semasa insiden itu berlaku. Terbaru, Yana tampil mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku dan mengaku dia tidak bersalah dan mempunyai bukti yang kukuh.

Sponsored

“Insya-Allah, mampu je bayar. Kalau saya betul bersalah. Kalau saya tak bersalah, buat apa saya nak bayar.”

Di dalam Instagram Story itu juga, Yana memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk membayar ganti rugi tersebut sekiranya dia bersalah. Namun dia menegaskan dia tidak bersalah di dalam hal tersebut dan mempersoalkan mengapa dia perlu membayarnya.

Sponsored

Jelas pelakon itu lagi, dia juga mempunyai video semasa kejadian untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam insiden tersebut. Malah ujarnya, dia sendiri sudah mengatakan tidak mahu memegang pasu tersebut selepas mendapat tahu harga sebenarnya yang bernilai RM400,000.

Bukan berlakon

Yana turut memuat naik sebuah video semasa situasi sebenar berlaku di mana tangannya turut terluka dan berdarah akibat pasu yang pecah itu. Pelakon itu turut menafikan dakwaan dia hanya berlakon sahaja di dalam video tersebut seperti yang dikatakan netizen di media sosial.

Sponsored

“Nasib baik saya ada simpan video ini. Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul betul berdarah dan saya sendiri tak pasti macamana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu.”

Dalam masa yang sama, Yana memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan bersedia untuk menerima surat peguam dari pihak Aliff Syukri. Terdahulu, usahawan sensasi itu memuat naik satu hantaran baru di Instagram memaklumkan dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut dan akan memberikan kenyataan penuh pada petang ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram