Lagu raya DSV dikomen Aliff Syukri, “Tapi suara i paling merdu, u suara auto tune jer”

Sponsored

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya, usahawan terkenal dengan panggilan DSV atau Datuk Seri Vida pula tampil dengan lagu raya tersendiri. Namun begitu, ia bukanlah baru jika dapat mendengar lagu daripada usahawan kosmetik ini apabila sudah beberapa lagu dilancarkannya.

Pada kali ini, DSV melancarkan lagu Raya dengan judul Muah Muah Raya yang turut menampilkan dua anaknya, Kacak dan Cik B. Muzik video satu hari dikongsikan di YouTube pula membuatkan dia meraih ribuan tontonan yang setakat ini sudah mencapai hampir 50,000 views.

Sponsored

Menerusi perkongsiannya di Instagram pula, DSV membuatkan orang ramai berkumpul di platform tersebut apabila dia memuat naik video pendek yang memaparkan dia dan dua anaknya dalam muzik video Muah Muah Raya.

Selain itu, nampaknya rakan usahawan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri turut meninggalkan komennya yang turut memberikan pujian terhadap lagu Raya DSV itu namun sempat pula dia mengatakan, “Tapi suara i paling merdu, u suara auto tune jer.”

Sponsored

Komennya itu bagaimanapun tidak mendapat maklum balas daripada DSV namun rata-rata warganet yang mendengar dan menonton muzik video lagu terbaharu DSV memberikan komen positif apabila dikatakan tidak over.

Sedap sangat lagu ni

Sponsored

Kalau lagu tu sedap masih boleh go kita sapot je

Yang ni boleh diterima lagi, ada jugak alunan muzik tu

SumberDSV