“Saya Tak Minat Langsung Lelaki Mat Salleh…”, Leona Lebih Tertarik Dengan Lelaki Melayu Sebagai Pasangan

Sponsored

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mendedahkan dia lebih tertarik dengan lelaki Melayu untuk dijadikan sebagai pasangan. Malah menurutnya, dia tidak mempunyai kecenderungan untuk memilih lelaki berkulit putih atau ‘Mat Salleh’ sebagai pasangan hidup.

Leona berkata, walaupun dia dilihat mengamalkan kehidupan lebih ke arah barat namun dia lebih tertarik kepada lelaki Asia terutamanya kaum Melayu. Ujar gadis berusia 21 tahun itu, lelaki ‘Mat Salleh’ hanya sesuai dijadikan sebagai kawan sahaja dan tidak untuk hubungan yang lebih serius.

Sponsored

“Orang mungkin anggap saya lebih tertarik dengan lelaki berkulit putih (mat salleh). Tetapi saya tidak minat langsung mat salleh. Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu.”

Lebih berbudi bahasa

Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dia lebih tertarik untuk menjadikan lelaki Melayu sebagai pasangan adalah kerana baginya lelaki Asia lebih berbudi bahasa, bersopan santun dan baik. Malah Leona menegaskan dia bukanlah seorang yang memandang kepada rupa paras dalam mencari pasangan.

Sponsored

“Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai.”

Leona sebelum ini menjadi perhatian di media sosial apabila mendedahkan hubungannya bersama kekasih telah putus di pertengahan jalan. Selepas lapan bulan putus cinta, Leona memaklumkan dia masih lagi solo memandangkan ibunya tidak membenarkannya menjalinkan sebarang hubungan cinta buat masa sekarang.

Sponsored

Difahamkan, Leona kini berada di Malaysia selama dua minggu bagi menyambut perayaan Aidilfitri pada hujung minggu ini. Sekadar info, Kasih Iris Leona kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di University of Bath, England.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo