Isu Saman RM10juta Syamsul Yusof, Ini Respon Yusof Haslam Dan Peguam Kata Kena Buktikan Dulu…

Sponsored

Semalam heboh di sosial media apabila dilaporkan Syamsul Yusof akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana mendedahkan maklumatnya. Jumlah yang akan disaman oleh pengarah Mat Kilau ini adalah RM10juta.

Belum pun reda kontroversi rumahtangga pengarah tersohor ini dengan Puteri Sarah Liyana, kecoh pula dengan isu saman RM10juta ini. Susulan perkara tersebut, bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam memberikan reaksi mengenai isu saman tersebut.

Sponsored

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Yusof Haslam masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak masuk campur akan urusan Syamsul dan akan mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.

Mengulas mengenai isu sedang hangat kini, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya itu tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Sponsored

Dalam satu laporan lagi, seorang peguam sivil dikenali sebagai Hafez Zalkapli dari Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates memberi ulasan mengenai kenyataan isu saman RM10juta oleh Syamsul Yusof berkenaan.

Menurut Hafez kepada Harian Metro, Syamsul tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan jumlah saman terhadap agensi berkenaan. Ujar peguam sivil ini, jumlah saman ditentukan oleh mahkamah dan ia perlu diteliti mengenai jenis dan bentuk maklumat peribadi yang dibocorkan.

Sponsored

Jelasnya lagi, jika maklumat dibocorkan itu membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana dianggap dokumen awam.

Malah Hafez juga menyatakan yang Syamsul perlu buktikan dirinya difitnah. Sama ada ia merendahkan reputasi dan statusnya sehingga dia dijauhi, diperlekehkan atau dibendi serta diperolok-olokkan.