“Rasa tak lengkap ye”- Netizen boleh terima lagu Raya Iman Troye

Sponsored

Penyanyi yang sudah berjaya memikat hati pendengar dengan lagu dan suara uniknya, Iman Troye nampaknya menjelang hari Raya pada tahun ini juga mengundang rasa teruja peminat. Mana tidaknya, dia pada tahun ini sekali lagi mengeluarkan lagu Raya.

Seperti lagu Pejam Celik Hari Raya, lagu Raya milik Iman Troye ini juga membuatkan peminat dan warganet dapat terima dan menonton satu rakaman video pendek dikongsikannya ini pula membuatkan orang ramai menghujani ruangan komen dengan reaksi positif.

Sponsored
@imantroye

Ria Raya Official MV 10PM tonight! 🤍

♬ Ria Raya – Iman Troye & Dalia Farhana & LAYKA

Bagi ramai lagu Raya dinyanyikan Iman Troye tidak pernah mengecewakan. Lihat sahaja penangan lagu Pejam Celik Hari Raya berjaya memukau pendengar sehingga kini. Namun begitu, lagu terbaharu berjudul Ria Raya ini membuatkan suaranya sekali lagi menjadi perbualan.

Lagu Ria Raya merupakan gandingan Iman Troye bersama tiga lagi penyanyi iaitu Fimie Don, Dalia Farhana dan Layka Al Funsu dan telah dilancarkan beberapa hari lalu.

Sponsored

Arghh finally!! Rasa tak lengkap ye Raya tanpa lagu you

Iman buat lagu raya memang tak pernah mengecewakan

Sponsored

Walau bagaimanapun, diruangan komen orang ramai masih jatuh hati dengan lagu Raya Iman Troye pada tahun 2021 berjudul Pejam Celik Hari Raya. Meskipun sudah dua tahun berlalu, lagunya itu tetap antara lagu raya baru yang menjadi pilihan pendengar peminat Iman Troye.

Pejam Celik masih trending

Lagu Iman tak pernah mengecewakan

SumberYouTube