Uyaina Arshad & Fiza tak boleh tahan gelak di WHI buat ramai terhibur

Sponsored

Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada tahun ini nampaknya semakin menjadi perbualan dimedia sosial. Mana tidaknya, jika konsep sebelum ini dikatakan tidak sama pada musim terbaharu itu apabila menunjukkan suasana yang lebih kelakar dan tidak serius.

Malah antara pengacara yang sering menghiburkan penonton adalah Uyaina Arshad namun tidak hanya dia, ini kerana apabila dia digandingkan dengan Fiza Sabjahan tentu suasana makin tidak terkawal. Ada-ada sahaja momen lucu yang berlaku secara spontan antara mereka.

Sponsored

Seperti baru-baru ini, pelakon Ieda Moin menjadi tetamu undangan Wanita Hari Ini (WHI) mengundang pula studio rancangan tersebut semakin ‘kecoh’ apabila dia bertanyakan soalan cepumas kepada Fiza Sabjahan. Video dengan kapsyen ‘bila kau dapat soalan cepumas’ ini bagaimanapun viral di media sosial.

Apatah lagi, Uyaina Arshad yang dilihat tidak dapat menahan ketawanya ketika momen secara spontan Ieda Moin itu berlaku membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai reaksi.

Sponsored

Fiza Sabjahan juga terhibur dengan suasana tersebut sehingga mengundang penonton dan warganet akui begitu suka apabila dia dan Uyaina Arshad digandingkan bersama.

Aku memang suka kalau Uyaina hos dengan Fiza kalau bab lucu gelak depan ni takde cover-cover

Sponsored

Uyaina lepas kahwin habis gelak pun barai. Fiza ni memang best kena la digabungkan dengan Uyaina

Aipp Uyaina gelak tak cover ye

Amboihhh seronok membawang noo hahaha