Nyanyian Nadeera Jadi Bualan, Bakal Sertai Big Stage Musim Baru, “Confirm Juara Dia Ni”

Sponsored

Nampaknya rancangan realiti TV yang mengetengahkan bakat anak muda dan penyanyi baru berjudul Big Stage bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Semalam telah berlangsungnya acara memperkenalkan peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara Big Stage tahun ini. Turut diperkenalkan pengacara baru bagi musim ini iaitu Elly Mazlein atau cukup terkenal sebagai Kak Lina Pompom.

Sponsored

Selain dari itu juri tetap kali ini turut diperkenalkan iaitu penyanyi tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, Aina Abdul. Menerusi acara pengenalan ini, para peserta perlu menyanyikan sebuah lagu dan ternyata dalam kesemuanya, Nadeera jadi bualan ramai.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok Gempak, peserta Big Stage Musim Baru, Nadeera membuatkan ramai terpaku dengan kehebatan vokalnya.

Sponsored
@astrogempak

#GempakLive : Tinggi betul suara Nadeera ni 😮 AKAN DATANG! Big Stage Musim ke-5 di Astro Ria dan strim di Astro GO Takkan la korang nak terlepas aksi peserta di Big Stage. Inilah masanya nak dapatkan Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #BigStage5 #BigStage2023 #DominasiBBNU #AstroBaharu #BukalahHati

♬ original sound – Gempak – Gempak

Nadeera menyanyikan semula lagi milik Marsha Milan dan ternyata kehebatan vokalnya membuatkan dirinya jadi perhatian. Malah di ruangan komen juga, rata-rata warganet akui terkesima mendengarkannya nyanyiannya dan meramalkan Nadeera sebagai juara Big Stage musim ini.

Berikut adalah reaksi netizen yang mana nyanyian Nadeera jadi bualan ramai ini:

Sponsored

“Yess Nadeera masuk Big Stage. Hope juara…”

“Adore dengan Nadeera. Suara dia unik. Tak dak sape boleh lawan suara dia..Memang all out la Nadeera nih”

“Dulu sama2 berjuang dengan Aina Abdul dalam Mentor Legend. Rezeki belum menyebelahi Nadeera..Banyak pertandingan dah masuk”

“Tarikan yang sedap didengar”