Jam ditangan Tokti jadi bualan netizen, “Dah dia mampu”

Sponsored

Sebut sahaja nama penyanyi nombor satu negara ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti tentu ramai yang mengenalinya. Meskipun sudah bertahun-tahun menceburi bidang nyanyian, nama Tokti tetap sahaja sehingga kini masih menjadi perhatian luar biasa peminat.

Baru-baru ini pula, Tokti mencuri tumpuan ramai dalam majlis perjumpaan dan sambutan ulang tahun kelahirannya dan Sitizone yang mana Tokti diraikan oleh insan tersayang.

Sponsored

Tokti juga tentu sahaja menjadi tumpuan pihak media untuk bertanyakan tentang perkembangan dirinya malah diminta untuk berkongsikan pendapat. Dalam satu perkongsian oleh peminat Tokti ini pula memaparkan Tokti menjawab soalan daripada pihak media.

Cara Tokti yang kekal tenang dan sentiasa bijak menjawab membuatkan peminat memberikan pujian terhadapnya. Namun begitu, bukan itu sahaja nampaknya peminat tertarik terhadapnya kerana jam di tangan Tokti juga mencuri tumpuan warganet.

Sponsored

Jam Tokti didakwa berharga jutaan ringgit

“Hampir jutaan,” tulis di perkongsian tersebut yang membuatkan ruangan komen juga dihujani dengan pelbagai reaksi buat Tokti.

Sponsored

‘Hublot big bang rainbow. RM 340k’

‘CTDK dari dulu bijak menjawab soalan dari wartawan. Rendah diri, tegas dan jelas. Sebab tu boleh pergi jauh…’

‘Cantik menawan datuk Siti lagi sopan santun lagi tak sombong’

Tokti

“Dari dulu hingga kini, tak pernah sombong meninggi suara. Sempurna sangat suara sedap’

Sumbersitizoner