“Weyy seriuslah”-Peminat drama Sayangku Kapten Mukhriz terkejut video pelakon2 muncul musim kedua?

Sponsored

Buat peminat drama tempatan, drama berjudul Sayangku Kapten Mukhriz pasti menjadi antara drama kegemaran. Mana tidaknya, boleh dikatakan sekitar tahun 2016 drama ini menjadi fenomena tersendiri dengan jalan ceritanya yang tidak berat namun sebuah drama cinta yang boleh diterima penonton.

Mengandingkan pelakon seperti Niena Baharun, Raja Afiq, Fezrul Khan, Ikhlas Jalil dan ramai lagi, ia membuatkan drama ini antara yang popular bagi drama yang ditayangkan sekitar tahun 2016.

Sponsored

Kesemua pelakon juga sentiasa menjadi sorotan ramai namun lebih membuatkan peminat drama Sayangku Kapten Mukhriz ini terkejut apabila salah seorang pelakon yang terlibat telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan gelagat pelakon drama tersebut seperti, Raja Afiq, Ikhlas Jalil dan Fezrul Khan.

Seolah-olah memberikan bayangan bakal ada drama tersebut bagi musim kedua, nampaknya ramai tidak sabar dan tidak percaya selepas sekian lama.

Sponsored

Perkongsian Ikhlas Jalil di ruangan akaun miliknya itu juga membuatkan ada penonton mengatakan musim pertama sahaja tidak lagi move on, dengan berita tersebut tentu sahaja membuatkan ramai gembira.

‘Okeee kena tengok ni last aku darjah 6 oi citer ni hahahaha sekarang dah 19, engko bayangkan tengok banyak kali pun tak bosan’

Sponsored

‘Widihh serius la omg akhirnya setelah sekian lama, setahun dua kali tengok cani ya’

‘Wehh arhh serius lah ommo, fav drama Melayu aku’

Sayangku

‘Weyy seriuslah ada, tak sabar’

Sayangku