Penyanyi muda Masya Masyitah menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video semasa dia bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Di dalam video yang dikongsikan di Instagram itu, Masya dilihat berada di sebuah pasar malam dan mencuba beberapa makanan tempatan yang dijual di sana.
Namun apa yang mengejutkan ramai ialah penyanyi itu dilihat menikmati sotong dan udang hidup-hidup di gerai yang disinggahinya. Dalam hantaran tersebut, Masya menikmati sotong dan udang mentah yang ditangkap dalam keadaan hidup yang kemudian terus dinikmatinya di situ.
Penyanyi muda itu juga turut memberikan reaksi teruja dan gembira selepas menikmati makanan mentah itu. Walau bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menonton.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada makanan mentah yang dinikmati Masya itu adalah halal dan boleh dimakan oleh umat Islam. Ini kerana penyanyi itu menikmati sotong dan udang yang masih dalam keadaan hidup serta tidak dimatikan.
Malah ada yang menegur tindakan Masya yang dikatakan boleh mengelirukan orang lain dan memberikan pandangan buruk mengenai agama Islam. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kasihan apabila haiwan tersebut dinikmati dalam keadaan hidup-hidup seperti itu yang dianggap kejam.
“Halal ke makan hidup-hidup…”
“Kembang tekak, sotong tu bau hanyir makan mentah pulak tu…”
“Kesian aku tengok sotong tu kena makan hidup-hidup.”
Terdahulu, Masya Masyitah sering terpalit dengan kontroversi membabitkan penampilannya yang dikatakan tidak sesuai dengan wanita berhijab. Malah ada juga yang menasihatkan penyanyi itu untuk menjaga imejnya sebagai wanita yang bertudung dan tidak mengubah penampilannya kerana fesyen.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.