“Jangan ketat-ketat”-Netizen tegur penampilan suami Eyra Hazali

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Eyra Hazali ini yang sedari kecil mempunyai ramai peminat. Meskipun Eyra Hazali kini tidak lagi dilihat aktif dalam dunia lakonan namun dia menggunakan akaun Instagram (IG) peribadinya yang diikuti 1.7 juta pengikut untuk berkongsikan perkembangannya.

Eyra Hazali telah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Haziq Nadzli pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang diberi nama, Muhammad Hayder Qalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Sponsored

Eyra Hazali dan keluarga

Terbaharu, Eyra Hazali atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali memuat naik beberapa keping foto dia bersama suami dan dua anak lelakinya itu. Eyra Hazali yang dilihat berkongsikan stroller yang digunakan apabila dua anaknya berada di dalam.

Sponsored

Berkongsikan pelbagai keistimewaan stroller yang digunakan buat dua anaknya, ternyata penampilan suami Eyra Hazali juga mendapat perhatian segelintir netizen yang melihat posting dikongsikan di Instagram miliknya ini.

“Alhamdulillah Ira dah berjaya tutup aurat sempurna cuma suami tu seluar jangan ketat-ketat. Pon aurat tu, tegur sebab sayang saudara seislam’

Sponsored

Hantaran Eyra Hazali selain kecomelan anak-anaknya itu mendapat pujian diruangan komen, nampaknya dia juga menerima reaksi mengenai teguran beberapa individu yang menegur penampilan suaminya yang memakai seluar yang dikatakan ketat.

‘Haziq pakai seluar Eyra ke”

‘Haziq pakai seluar renang ke’

Eyra Hazali