“Jangan Pusing Cerita”, Ziana Zain Kesal Keluar Berita Kelirukan Peminat Dan Keluarga

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain ini. Kariernya memuncak naik sejak dari era 1980-an dan Ziana Zain juga berbakat dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun baru-baru ini Ziana Zain meluahkan rasa kesal keluar berita mengelirukan peminat dan keluarga yang didakwa ditulis oleh seorang blogger. Laporan yang ditulis itu mendakwa Ziana Zain sudah memaafkan dan tidak menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Sponsored

Kenyataan Ziana Zain diputar belit

Difahamkan laporan itu ditulis selepas penyanyi ini ditemui media selepas majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini baru-baru ini. Penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Madah Berhelah itu memaklumkan kepada media dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas suami dan tak pernah halang anak-anak bertemu bapa mereka.

Bagaimanapun kenyataan itu telah diputar belit hingga timbul salah faham dan persepsi Ziana sudah berbaik semula dengan Armin.

Sponsored

Laporan tak tepat timbul kekeliruan

Menurut Ziana Zain, disebabkan laporan yang menukar kenyataan tersebut kepada berbaik semula dengan bekas suami telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca, termasuk keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya tak suka marah. Tapi laporan tidak benar seperti ini membuatkan saya kecewa dan sangat marah,” kata Ziana Zain.

Sponsored

“Macam mana boleh keluar cerita macam ini?”

Tambahnya lagi, dia sendiri terkejut apabila ada keluarga yang hubungi Ziana dan bertanyakan mengenai adakah dia sudah berbaik semula dengan bekas suami seperti yang dilaporkan blogger itu.

“Saya takut, lain yang saya cakap, lain yang ditulis. Awal pagi keluarga hubungi saya, bertanyakan benarkah saya sudah berbaik semula (dengan bekas suami) seperti yang dilaporkan blogger berkenaan.

“Astagfirullahazim, macam mana boleh keluar cerita macam ini?, kata Ziana Zain kesal mengenai perkara tersebut.

Mohon jangan pusing cerita

Ziana Zain atau nama penuhnya Siti Roziana Zain mengulas lanjut agar kenyataannya sebelum ini tidak diputar belit lagi untuk elakkan timbul salah faham dan kekeliruan.

“Jangan tulis perkara yang saya tak cerita. Saya ada anak, kalau mereka tanya (tentang perkara itu), saya nak jawab apa? Jangan pusing cerita. Apa yang boleh saya katakan, keadaan saya sekarang, Alhamdulillah,” tambahnya.

SumberXtra