“Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakiti Sarah lagi,”- Syamsul Yusof

Sponsored

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof menerusi perkembangan terbaharu dilihat tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kes nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi sumber pula bagaimanapun Syamsul Yusof tidak ingin mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut kerana pengarah filem Mat Kilau ini tidak ingin menyakiti perasaan pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu.

Sponsored

Tak mahu mengeluarkan kenyataan lagi

Syamsul Yusof juga memberitahu bahawa dirinya juga reda dengan apa sahaja keputusan Jawatankuasa Pendamai JKP dan berharap agar isteri pertamanya itu juga sama.

Sponsored

“Insya Allah saya cuba reda apa sahaja. Mudah mudahan begitu juga dengan Sarah. Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakiti Sarah lagi.”

Bagi kes sebutan Nusyuz pula, Hakim Syarie, Maizatul Aliza Che Din menetapkan tarikh baru pada 8 Mei susulan Puteri Sarah Liyana pada prosiding tersebut tidak dapat hadir disebabkan berada di luar negara kerana tuntutan kerja.

Sponsored

Berharap berakhir dengan baik

Dalam pada itu, meskipun Syamsul Yusof reda dengan ketentuan terhadap rumah tangganya dengan Puteri Sarah, dia berharap kemelut berlaku dalam perkahwinan mereka berakhir dengan baik.

“Doakan untuk saya dan Sarah sama ada ia berakhir dengan baik atau tidak. Saya pun tak nak cakap banyak sebab takut salah cakap.” Katanya menerusi mStar.

SumbermStar