Isu pasangan curang ini bukan heboh diperkatakan dalam masyarakat kita sejak akhir-akhir ini sahaja, perkara tersebut sudah wujud dari dulu lagi. Namun di zaman media sosial ini sahaja isu berkenaan lebih mudah dibincangkan dan tersebar.
Terbaharu pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah beri pesanan padu isu pasangan curang yang semakin hangat diperkatakan kini.
Pasangan curang boleh pujuk dan keadaan nampak kembali normal, tapi…
Dalam satu muat naik di Instagram milik pakar motivasi ini, beliau menulis sesuatu hubungan yang retak disebabkan dicurangi takkan pernah kembali normal. Biarpun hubungan kembali reda selepas dipujuk, namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan.
“Benar, kita boleh memaafkan. Ia boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ’move on’ dan begitu juga dengan kamu.”
Memaafkan tak bererti melupakan
Tambah Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, memaafkan tak bererti melupakan. Biarpun sudah dipujuk dan memaafkan namun luka di hati siapa yang tahu.
“Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya. Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk redha tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu.”
Nasihat Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Dalam tulisannya itu juga, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah turut menasihatkan supaya pasangan yang bermain kayu tiga ini beringatlah sebelum terlambat. Malah beliau turut menyentuh perihal kepercayaan yang dikhianati.
“Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat. Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca.”
“Once broken, considered sold.”
“Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’. Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta.“
Berikut adalah tulisan penuh Pakar Motivasi beri pesanan padu pada individu main kayu tiga belakang pasangan ini:
Dalam isu mengenai kecurangan, satu lagi muat naik dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah turut menjadi perhatian ramai. Dalam tulisan itu, beliau mendakwa sesiapa yang berlaku curang susah untuk mengaku salah.