Janna Nick Dipuji Cantik Berhijab, Gelagat Tok Ti Dan Dato’ K Turut Curi Perhatian Ramai

Sponsored

Pelakon dan pengacara dikenali dengan nama Janna Nick baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsikan satu video dirinya ketika menghadiri sebuah acara.

Menerusi perkongsian video itu, Janna Nick tampil dengan penampilan cukup jelita dan sopan. Gadis berbakat ini nampaknya sangat sopan dengan lengkap berhijab.

Sponsored

Video yang dikongsikan itu turut memaparkan Janna Nick bersama Kilafairy yang juga sangat cantik. Di ruangan kapsyen, Janna Nick menulis seperti berikut:

“Natural beauty..Aderrr”

Sponsored

Berikut adalah perkongsian rakaman Janna Nick dipuji cantik berhijab yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik pelakon ini:

Selain dari kelihatan kedua-dua selebriti ini yang sopan dan jelita, di belakang mereka turut terlihat figura tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air iaitu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya.

Sponsored

Penampakan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini turut meraih perhatian warganet. Meninjau di ruangan komen, ramai yang perasan Tok Ti di belakang dua selebriti tersebut.

Malah ramai meluahkan Janna Nick dipuji cantik berhijab seperti dalam rakaman tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

“Lawa pakai tudung dan makeup camtu. Dua2 nya lawa”

“MasyaAllah suka tengok Janna Nick pakai macam ni. Saya doakan semoga satu hari nanti Janna terbuka memakai hijab. Memang cantik sangat2 memang nampak lain muka”

“Aku ingat kan tudung hitam tu Kylier Janner”

“Dato’ K ni humble orang nya. Untung dato’ siti kahwin dengan dia. Dua2 humble. Semoga mereka kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin”