Janna Nick Dikecam Menyampuk Cakap Juri Masa Mengacara, Penonton Minta Bawa Bertenang

Sponsored

Selesai episod pertama rancangan realiti TV Famili Duo yang ditayangkan malam tadi menerusi TV3. Baru sahaja episod pertama sudah menjadi bualan hangat netizen dengan pelbagai perkara yang berlaku sepanjang siaran tersebut.

Meletakkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai pengacara dalam rancangan yang berlangsung selama dua jam tersebut, namun telah membuatkan penonton kurang senang dengannya.

Sponsored

Di perkongsian satu rakaman dari episod ini dipaparkan Ajai kritik gaya adik-beradik Siti Nurhaliza yang juga peserta dalam rancangan tersebut. Disebabkan itu, Janna Nick yang berada di pentas cuba berada di pihak peserta.

Bagaimanapun tindakan Janna Nick itu dikritik warganet. Janna Nick dikecam menyampuk cakap juri kata penonton. Ini adalah rakaman ketika ramai yang berpendapat Janna Nick tidak sesuai menjadi pengacara tersebut:

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang meluahkan pendapat mereka tersebut:

“Memang patutlah Janna kena tengking..Orang tengah bagi komen dengan pendapat kut..”

Sponsored

“Tak sesuai la Janna nie. Dia kena calm down kan, buat tambah2 lagi..”

“Mohon pihak penerbit untuk lebih peka bab pengacaraan seperrti Janna Nick..Untuk tidak mengacau atau menyobuk bila juri beri komen”

Walau bagaimanapun, Janna Nick sendiri telah memuat naik satu video menjelaskan keadaan ini. Katanya dia sering dapat watak jahat, jadi biarlah kali ini ambil watak tersebut.

Malah katanya lagi, dia tidak kisah dengan kata-kata orang yang mengkritiknya. Berikut adalah video pertahankan diri Janna Nick dikecam menyampuk cakap juri ini: