Restoran Karen’s Diner Dibuka Di Jakarta, Pelanggan Bergaduh Pula Dengan Pelayan Isu ‘Body Shaming’

Sponsored

Mungkin anda pernah mendengar sebelum ini tentang Restoran Karen’s Diner yang terkenal dengan layanan dan servis buruk kepada pelanggan mereka. Restoran itu mula dibuka di Australia dan menerima sambutan hangat dari penduduk setempat yang tertarik dengan konsep tersebut.

Baru-baru ini pula, cawangan terbaru Karen’s Diner telah dibuka di Jakarta di mana ia masih mengekalkan konsep yang sama iaitu Good Food, Terrible Service. Namun pembukaan restoran tersebut di Jakarta telah menerima kritikan dari rata-rata rakyat Indonesia yang kurang senang dengan servis yang dilakukan.

Sponsored

Menerusi video yang dikongsikan ini, ramai pelanggan dan ‘influencer’ yang dijemput sempena pembukaan restoran itu di Jakarta. Di dalam video tersebut, seorang pelayan restoran dikatakan telah mengutuk pelanggan dengan mengatakan wajahnya seperti ‘bontot kuali’.

Susulan itu, berlaku pula pertelingkahan di antara pelanggan tersebut dan pelayan-pelayan di situ namun ada yang mengatakan itu hanyalah ‘marketing’ semata-mata. Dalam masa yang sama, rata-rata rakyat Indonesia meluahkan rasa kurang senang kerana pelayan di situ tidak memahami konsep Karen’s Diner yang sebenar.

Sponsored

Tidak kurang juga yang menegur sikap pelanggan terbabit yang seolah-olah mencari gaduh dengan pelanggan di situ. Menurut mereka, pelanggan terbabit terlalu melebih-lebih dan terlalu mengikut emosi dengan layanan yang diberikan pelayan di sana.

Tinjauan di media sosial juga mendapati ramai yang berasa ‘cringe’ melihat layanan buruk yang diberikan oleh pelayan di Karen’s Diner cawangan Jakarta ini. Tidak kurang juga yang mengatakan cawangan yang dibuka di Jakarta ini sangat berbeza dari restoran asal di Australia.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.