Pelakon dan pengacara Janna Nick mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan gambar terkininya yang sedang bercuti di Taipei, Taiwan. Menerusi gambar yang dimuat naik itu, Janna dilihat berada di sebuah taman bunga yang menjadi lokasi tarikan pelancong di sana.
Di dalam perkongsian itu, pelakon wanita ini turut berkongsikan kata-kata semangat buat orang ramai menerusi ruangan kapsyen. Di dalam kapsyen itu, dia berharap orang ramai dapat berasa gembira selalu tanpa perlu mengharapkan orang lain untuk membuatkan mereka bahagia.
“Please be happy and keep everyone around you happy. Jangan harap kan orang lain yang buat kita rasa happy dan ceria. Be the happy one ok?”
Perkongsian dari Janna Nick ini turut menerima pujian dari netizen yang berterima kasih di atas aura positif yang dikongsikan oleh pelakon itu. Dalam masa yang sama, netizen turut memuji penampilan Janna yang kelihatan begitu comel malah turut disamakan dengan pelakon Korea.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kapsyen yang dikongsikan oleh pelakon ini. Malah ramai yang menganggap setiap individu tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan kebahagiaan yang dicari.
“Macam korean.”
“Thanks janna bagi semangat pagi-pagi nak pergi kerja.”
“Tersenyum lebar saya baca caption awak pagi-pagi. Hati terus berbunga macam taman lavender tu.”
Terdahulu, nama Janna Nick menjadi bualan ramai selepas hubungan cintanya bersama Dini Schatzmann terputus di pertengahan jalan. Namun pasangan itu dikatakan masih lagi mengekalkan hubungan baik dan kekal sebagai kawan buat masa ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.