Janna Nick Manis Bertudung Dalam Video, Ramai Puji Cantik, “Nampak Keayuan Disitu”

Sponsored

Pelakon, penyanyi dan pengacara seorang ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Janna Nick antara nama selebriti serba boleh yang sering menjadi sebutan ramai selepas lagunya berjudul Gatal tular.

Malah kisah hubungan cintanya juga turut menjadi perhatian ramai selain kariernya sebagai anak seni. Biarpun begitu, baru-baru ini muat naik satu video oleh Janna Nick menerusi akaun Instagram miliknya telah menjadi bualan hangat warganet.

Sponsored

Manakan tidak dalam perkongsian tersebut, Janna Nick kelihatan cukup berbeza dari kebiasaan kerana selebriti serba boleh ini mengenakan hijab!

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Janna Nick manis bertudung yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Biarpun video tersebut adalah reviu Janna Nick mengenai resort yang diinap olehnya ketika berada di Terengganu, namun penampilan berbeza selebriti ini telah membuatkan ramai memujinya.

Nampak Janna Nick manis bertudung dan sopan mengenakan juga baju kaftan batik kebanggaan negeri Pantai Timur tersebut. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Janna Nick dalam video berkenaan.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“MasyaAllah cantik Kak Janna nya bila pakai tudung dan baju macam tuh semoga selalu istiqomah..”

“Kan bagus pakai tudung baju longgar nampak keayuan di situ…Pakai seksi abis lemak nampak tak cantik”

“Comey sangat mek Janna pakai kaftan dan tudung..Rasa macam tak mboh balik KL je..mai duk tranung teruhlah mek”

“Janna nak bagitau satu ni. Cantik bethol pakai tudung”