Janna Nick Minta Tidak Dilibatkan Dirinya Dalam Masalah Rumahtangga Orang Lain, “Kalau Orang Nak Kata, Kata La…”

Sponsored

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu perkahwinan kedua jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan penyanyi, Fyna Jebat. Berita mengenai perkahwinan mereka menjadi tanda tanya ramai apabila timbul desas desus pada awalnya.

Bagaimanapun, terbaharu kecoh pula apabila pelakon, Azhar Sulaiman menitipkan pesanan kepada pihak produksi TV3 supaya tidak menjadikan perkahwinan Fyna Jebat dan Datuk Zinal Abidin Hassan diulas dalam rancangan realiti yang sedang hangat diperkatakan ini.

Sponsored

Menerusi muat naik itu, difahamkan isteri pertama jurulatih bola sepak itu adalah anak saudara Azhar Sulaiman. Bagaimanapun muat naik itu telah pun dipadam.

Namun ianya telah dimuat naik semula oleh pelakon, Fizz Fairuz yang mengatakan isteri Datuk Zainal Abidin itu iaitu Datin Zalina Zaini adalah anak saudaranya juga.

Sponsored

Disebabkan muat naik tersebut, Janna Nick selaku pengacara rancangan hiburan Famili Duo itu meninggalkan komen supaya fotonya dipadam kerana dia tiada masalah dengan keluarga tersebut. Berikut adalah komen Janna Nick minta tidak dilibatkan dirinya dalam masalah berkenaan:

Komen Janna Nick minta tidak dilibatkan dirinya dalam masalah rumahtangga salah seorang peserta Famili Duo ini menjadi perhatian ramai. Malah dalam satu muat naik di Instagram Janna Nick sendiri meluahkan mengenai isu tersebut.

Sponsored

Manakala meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang setuju supaya orang lain tidak menokok nambah menjadikan keadaan lebih teruk seperti ini. Malah ada juga yang menyokong Janna Nick hanyalah mencari rezeki.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen muat naik di Instagram Fizz Fairuz tersebut:

“Setiap rancangan ada skrip dan berpandukan skrip yang diberi. Kalau tak pun, kalau ada tambahan produser bisik kat telinga diorang tu ha. Dalam masalah ni tak perlu letakkan salah tu 100% kat pengacara tanya sendiri kat TV3 atau penerbit”

“Tak perlu kot nak besarkan isu ni. Sama2 rakan artis patutnya support bukan menambah api, rasanya ramai kot yang tak tahu Fyna tu isteri kedua dan host hanya ikut skrip”

“Janganlah dipanjang-panjangkan lagi biarlah mereka selesaikan…”