Ramai Terkejut Amyza Aznan Muncul Di Famili Duo, ‘Kain Belah’ Jadi Bualan!

Sponsored

Rancangan realiti TV yang satu ini semakin menjadi bualan hangat ramai. Famili Duo adalah sebuah rancangan yang menampilkan perserta yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan bertanding merebut gelaran juara.

Bagaimanapun, dalam satu episod terbaharu yang ditayangkan malam tadi menjadi antara yang membuatkan ramai tertarik untuk meninggalkan komen. Persembahan dari adik-beradik anak kepada Jamal Abdillah iaitu Zaki dan Yamani itu membuatkan ramai terkejut.

Sponsored

Manakan tidak kehadiran Amyza Aznan muncul sebagai ‘penyeri’ di persembahan Famili Duo menerusi nyanyian Zaki dan Yamani. Malah penampilan pelakon senior itu turut menjadi buah mulut penonton.

Berikut adalah persembahan Zaki dan Yamani dengan Amyza Aznan muncul di Famili Duo tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Xtra:

Sponsored
@xtra_my

Fuh! Persembahan Zaki & Yamani malamni ditemani Kak Amyzaa lah😍❤️ Juri pun enjoy okay! Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #xtramy

♬ original sound – XTRA – XTRA

Nampaknya Amyza Aznan tampil cukup berani dengan pakaian yang agak ‘terdedah’ di bahagian bawahnya. Penampilan Amyza Aznan ini dianggap belanja habis oleh netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran pelakon tersebut.

Di ruangan komen, ramai juga yang menegur pemakaian Amyza Aznan di pentas rancangan realiti televisyen tersebut. Berikut antara yang diluahkan ramai:

Sponsored

“Dah pangkat mak cik adoi kak”

“Merisaukan keadaan yee”

“Kain tak sempat nak jahit. Benang habis..Moga baik2 je. TV3 please alert”

“Cer tengok betul2 kan Miza ada pakai seluar panjang tu. Seluar dia warna kulit. Itu yang ramai tak perasan kan”