Janna Nick ‘request’ Siti Khadijah nyanyi ‘live’, gelagat selamba cuit hati ramai

Sponsored

Baru-baru ini telah berlangsungnya Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang memaparkan ramai pelakon tanah air menerima anugerah bagi drama lakonan mereka. Walau bagaimanapun, selain pemenang yang menerima anugerah ternyata gelagat pelakon, Janna Nick dan Siti Khadijah juga menjadi tumpuan penonton.

Siti Khadijah yang juga antara pelakon baharu yang berjaya mencuri hati penonton dengan lakonannya dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali bagaimanapun kini sentiasa mendapat perhatian bagi peminat drama tempatan.

Sponsored

Makin jadi tumpuan ramai

Namun begitu, gelagatnya di pentas yang digandingkan bersama Janna Nick ketika Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung baru-baru ini mengundang tawa ramai yang ternyata, Siti Khadijah juga seorang selebriti yang sporting.

Sponsored

Ketika dia menyampaikan anugerah di pentas tersebut bersama Janna Nick, dia di request untuk menyanyi oleh pelakon popular tersebut, tidak menolak namun terus mengeluarkan suaranya yang dapat ditonton ramai menerusi kaca televisyen baru-baru ini.

“Suka buat lawak tau dia ni hehe. Comel je,” tulis pemilik akaun tersebut yang berkongsikan gelagat Siti Khadijah itu yang mana rata-ratanya tercuit hati dengan gelagat selamba pelakon jelita berkenaan yang juga dikatakan comel ketika di Anugerah Drama Sangat itu.

Sponsored

‘Hahahaha kelakor’

‘Lembut je siti tapi kelakar juga’

‘Alahai sentiasa confident kesayangan kita ni. Akhirnya jumpa jugak kembar tak seiras dia’

Janna Nick

‘Macam adik beradik…’

Janna Nick