“Malu2”- Lisa Surihani, Uyaina & Bella Dally di pentas ditatap suami sampai tersenyum

Sponsored

Nampaknya sambutan Hari Raya pada tahun ini orang ramai sudah dapat melihat beberapa jenama mulai melancarkan koleksi baju raya kepada umum. Malah beberapa selebriti wanita mahupun lelaki menjadi model mereka.

Bagi ketiga-tiga pelakon ini juga mengundang orang ramai begitu tertarik dengan kecantikan mereka ketika memperagakan koleksi baju raya iaitu Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally dimana mereka merupakan model bagi jenama, Ariani.

Sponsored

Namun begitu, kehadiran suami ketiga-tiga pelakon dan model jelita tersebut turut meraih perhatian ramai sehinggakan mereka juga viral di media sosial. Apatah lagi mereka juga terpukau dengan isteri-isteri mereka itu sehinggakan netizen pula cair melihat sikap suami kepada tiga selebriti jelita ini.

“The way dia pandang wife dia, melting betul,” kongsi pemilik akaun tersebut yang ternyata turut membuatkan warganet juga cair melihat bagaimana suami kepada ketiga-tiga pelakon tersebut memandang mereka.

Sponsored

Mana tidaknya, seolah-olah jatuh cinta kembali dengan wajah tersenyum disaat isteri-isteri menjadi model bagi koleksi baju raya pada tahun ini. Kecantikan Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally tidak hanya memukau suami-suami mereka malah peminat juga sehinggakan rakaman video dikongsikan itu meraih ribuan tanda suka.

‘Husband Bella manis kacak bergaya ye, kalau aku nak berlaki nanti cari macam dia’

Sponsored

‘Proud husband’

“Malu-malu pulak suaminya ya’

‘Cuwetnyaaa’

Sumberdyanaz4ni