Hujung tahun lalu, pelakon dikenali dengan nama Fatin Afeefa telah pun berkahwin dengan seorang pemuda bernama Aliff Awang. Diam tak diam rupanya sudah ada yang bertakhta di hati pelakon yang sering mencuri tumpuan ramai ini.
Selepas berkahwin, pasangan ini sering membuat live menerusi sosial media bagi mengisi masa lapang. Banyak perihal peribadi Fatin Afeefa dan Aliff Awang sudah pun diketahui ramai.
Ditanya susah tak pikat Fatin Afeefa?
Malah baru-baru ini satu lagi sesi live Aliff Awang dan Fatin Afeefa telah dirakam dan dimuat naik semula serta mendapat perhatian umum. Dalam sesi live itu Aliff Awang telah menerima soalan mengenai bagaimana dia memikat hati isterinya, Fatin Afeefa itu.
Aliff Awang yang juga terkenal dengan jutawan trader itu mendedahkan mengenai perkara tersebut secara langsung. Berikut adalah jawapan kepada soalan yang ditanyakan kepadanya itu:
Aliff Awang jawab tak banyak usaha sangat pun…
Dalam rakaman tersebut, jawapan suami Fatin Afeefa ini adalah dia tidak terlalu meletakkan effort untuk mengorat isterinya itu. Namun yang sebaliknya dilakukan Fatin Afeefa.
“Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya. Jadi masa saya nak ngorat Fatin tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin”, Ujar Aliff Awang.
Malah Aliff juga turut menjelaskan mengenai perihal lelaki dominant, tegas, alfa dan sebagainya. Katanya lagi, perempuan akan tertarik kepada lelaki yang tahu apa dia mahukan, berprinsip dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan.
Jawapan Aliff Awang itu terima reaksi ramai
Bagaimanapun jawapan suami Fatin Afeefa ini telah mengundang kritikan netizen. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan warganet di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Weh…Kalau aku sentap weh.. Dia rasa aku senang je? Sentap weh”
“Mula mula macam semua ‘Patin dah jumpa lelaki yang sesuai’. Tapi lama lama takpelah bang rak lu”
“Orang tua2 cakap nak cari pasangan tu biar lelaki tu yang sangat sangat2 dekat kita jangan kita yang sayang dia lebih”
“Ni bukan alpha ni narcisstic”