Mustapha Kamal Kongsi Gambar Bersama Zainal Abidin Dan Fyna Jebat, “Kenapa Aku Baru Percaya Lepas Tengok Gambar Ni…”

Sponsored

Semalam, pelakon Mustapha Kamal memuat naik beberapa gambar di akaun media sosialnya di mana dia terserempak dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan. Menerusi perkongsian itu, dia memaklumkan dia secara tidak sengaja terserempak dengan figura bola sepak itu yang juga merupakan kawan lamanya.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah kehadiran Fyna Jebat yang merupakan isteri terbaru bekas pemain bola sepak itu. Di dalam gambar-gambar yang dimuat naik ini, kelihatan Mustapha Kamal dan isteri sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum mereka terserempak dengan pasangan itu.

Sponsored

Mereka juga sempat berbual mesra dan merakamkan beberapa gambar bersama pasangan yang menjadi bualan hangat baru-baru ini. Terdahulu, Fyna Jebat mengesahkan berita pernikahannya dengan bekas pemain bola sepak terkenal era 80-an itu selepas desas desus timbul di media sosial.

@mustaphakamaal

Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.

♬ We Are The Champions – Remastered 2011 – Queen

Perkongsian gambar yang dimuat naik oleh pelakon Mustapha Kamal ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen. Malah ada juga yang tidak menyangka segala khabar angin yang timbul sebelum ini adalah benar tentang pernikahan adik kepada pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat ini.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berseloroh mengatakan Mustapha Kamal lebih laju dari para wartawan dalam berkongsikan gambar terkini pasangan itu. Dalam masa yang sama, orang ramai turut sama mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin baru ini walaupun pelbagai spekulasi yang timbul tentang mereka sebelum ini.

“Kenapa aku baru percaya lepas tengok gambar ni, selamat pengantin baru.”

Sponsored

“Haha akhirnya papa megah holding yang ambik gambar, lagi laju dari wartawan.”

“Kita doakan lah yang baik-baik kepada mereka berdua, jangan kita nak pukul rata je semua.”

Sebelum ini, Fyna Jebat mengesahkan berita perkahwinan itu namun enggan mendedahkan butiran lanjut tentang pernikahan mereka. Susulan pendedahan ini, timbul pula desas desus baru mengatakan Fyna sebenarnya adalah isteri kedua kepada jurulatih itu yang dikatakan masih lagi bergelar suami orang.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok