Fatin Afeefa Kahwin Jutawan, Dalam Diam Sudah Bergelar Isteri Orang

Sponsored

Diam tak diam tiba-tiba pelakon wanita jelita dikenali dengan nama Fatin Afeefa ini telah selamat mengakhiri zaman ibu tunggalnya dengan bernikah bersama pasangan pilihan hatinya. Bermula dengan perkongsian oleh jurusolek terkenal, Alha Alfa menerusi Instagram miliknya, berita kebahagia Fatin Afeefa mula tersebar.

Dalam perkongsian itu dipaparkan Fatin Afeefa bersiap cantik dengan mengenakan pakaian dan tudung serba putih. Berikut adalah muat naik oleh Alha Alfa tersebut:

Sponsored

Berbusana serba putih polos

Meninjau di TikTok, ramai kenalan rapat pelakon wanita ini turut memuat naik momen bahagia Fatin Afeefa kahwin ini. Cantik berseri sungguh pengantin baru ini! Apatah lagi dia mengenakan tudung berwarna putih polos. Berikut antaranya:

@sugardollbynn

Tahniah @bukan fatin afeefa 🥹🥹🥹 im so happy for u 😭😭😭😭

♬ Beautiful – Bazzi,Camila Cabello

Fatin Afeefa bersiap sebagai pengantin

Malah turut ada perkongsian video persiapan Fatin Afeefa kahwin bersama Aliff Awang ini yang membuatkan ramai meninggalkan reaksi teruja menyaksikan pelakon genit dan jelita tersebut menjadi pengantin akhirnya. Berikut adalah video tersebut yang turut menjadi perhatian ramai:

Sponsored
@fatinafeefa8

Kunfayakun. Assalamualaikum sayang ♡

♬ suara asli – justme – justme

Selain dari itu menerusi akaun TikTok Xtra turut dimuat naik video pengantin jelita ini memasuki dewan yang dihiasi dengan cantik dan eksklusif sekali. Dalam rakaman tersebut Fatin Afeefa dilihat nampak cukup cantik dengan mengenakan pakaian serba putih sambil diiringi oleh wanita di sampingnya.

@xtra_my

Replying to @Nurul Amira90 know know dah kahwin🥰 Selamat pengantin baru 🫶🏼 #fyp #xtramy #fatinafeefa #kahwin #viral #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

November lalu dikhabarkan Fatin dan Aliff mengikat tali pertunangan. Untuk info, Fatin Afeefa memiliki dua anak dengan perkahwinannya yang terdahulu bersama aktor Adam Shahz. Mereka disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.

Sponsored