Wajah hensem Zaki Yamani dibualkan netizen, “Tak heran… Ayah dia pun sampai sekarang masih hensem”

Sponsored

Selepas terlibat dalam rancangan Famili Duo iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah semakin menjadi perhatian dalam dunia hiburan tanah air. Malah lebih membuatkan penonton rancangan tersebut juga berpuas hati apabila peserta adik-beradik itu dinobatkan sebagai juara.

Nampaknya Zaki Yamani dan Yamani Abdillah juga tidak henti-henti sejak baru-baru ini berjaya menjadi juara Famili Duo mendapat perhatian di media sosial. Peserta adik-beradik ini sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000.

Sponsored

Malah satu muat naik video klip pendek yang menunjukkan gelagat Zaki Yamani membuatkan dia hangat menjadi perbualan di media sosial selepas rata-ratanya memberikan pujian dengan wajah kacaknya. Walau bagaimanapun, netizen juga tidak hairan kerana bapa kepada Zaki Yamani juga sehingga kini masih sahaja kelihatan kacak.

Umum diketahui, Zaki Yamani merupakan anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan mengikuti jejak langkah bapanya itu sebagai seorang penyanyi. Menerusi video yang tular ini bagaimanapun Zaki Yamani menerima ribuan tanda suka ramai.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen di hantaran tersebut nampaknya ramai menghujani komen pujian terhadap wajah kacaknya disamping ada yang merasakan selepas ini Zaki Yamani boleh menjadi hero drama Akasia.

‘Nanti boleh jadi hero drama Akasia lah makin hensem…’

Sponsored

‘Comel la dia ni’

‘Filem Azura Junior boleh buat ni’

‘Kenapa comel sangat ni dik’

Sumberzakyie