Pempengaruh dan Youtuber terkenal dengan panggilan Imran Bard yang cukup popular dengan tagline ‘ghisau-ghisau’ terbaharu menjadi perhatian warganet dengan satu video lakonan daripada dirinya yang dikongsikan buat tatapan umum di media sosial miliknya.
Tajuk video yang dimuat naik Imran Bard di TikTok memaparkan ‘Reaksi bini tersakiti bila suami minta poligami.” Poligami sejak akhir-akhir ini antara topik yang begitu hangat diperkatakan di media sosial.
‘Reaksi bini tersakiti bila suami minta poligami.”
Walau bagaimanapun, Imran Bard tampil dengan jalan cerita yang tidak hanya seperti biasa membuatkan peminat dan pengikutnya terhibur malah turut memahami point yang cuba disampaikan oleh dirinya. Imran Bard yang melakonkan watak Ira diberitahu bahawa suami ingin berkahwin lagi.
Hanya mampu tergelak dengan permintaan suami dan membenarkannya namun kata-kata watak Ira selepas itu menarik perhatian netizen dimana istilah ‘mampu’ diberikan tetapi sebaliknya dialami oleh isteri pertama apabila nafkah sahaja tidak cukup dan sebagainya dialami.
Ujar Ira lagi dia bukannya tidak ingin melepaskan suaminya itu namun dia tidak mahu wanita lain terseksa akibat lelaki tersebut. Ternyata lakonan Imran Bard itu membuatkan netizen ingin dia diambil berlakon kerana begitu menjiwai watak.
‘Bagus Ira ni ada sifat feminism’
‘Tolong lah kasi dia job berlakon. Menjiwai betul ni skrip random’
‘Hahahaha letihlah aku si budak Imran ni’
‘I cannot Ira taknak seksa perempuan-perempuan kat luar sana’