“Maafkan saya”- Zaki & Yamani terkejut gara2 Uyaina Arshad buat netizen gelak besar

Sponsored

Siapa menyangka di rancangan popular, Wanita Hari Ini (WHI) yang mana sebuah rancangan televisyen bual bicara di Malaysia ini juga terdapat momen lucu yang secara spontan berlaku. Malah antara pengacara yang kini menjadi tumpuan adalah Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan.

Mana tidaknya, gelagat lucu kedua-dua pengacara Wanita Hari Ini (WHI) tersebut mengundang penonton juga semakin suka dengan konsep yang tidak lagi dilihat begitu serius. Malah baru-baru ini pula warganet terhibur pula dengan telatah Uyaina Arshad.

Sponsored

Uyaina Arshad merupakan salah seorang pengacara Wanita Hari Ini (WHI) yang mendapat pujian penonton dengan caranya mengendalikan rancangan tersebut. Selain itu, perangai lucunya juga tak kurang mengundang rasa terhibur penonton terhadap dirinya.

Seperti baru-baru ini peserta adik-beradik dalam rancangan Famili Duo yang berakhir beberapa hari lalu dengan Zaki Yamani dan Yamani Abdillah berjaya merangkul gelaran juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000. Dalam rakaman pendek ini bagaimanapun mengundang tawa ramai selepas Uyaina Arshad tidak sengaja membuatkan Zaki Yamani dan Yamani Abdillah terkejut.

Sponsored

Menjengah pula ke ruangan komen, gelagat Zaki Yamani dan Yamani Abdillah terkejut itu membuatkan rata-rata warganet terhibur sehingga ada yang mengulang tayang video tersebut.

’10 kali ulang, kelakar gila…’

Sponsored

‘Kenapa aku makin suka tengok WHI ni’

‘Tepuk dahi lagi lah producer wat hal betul! Hahaha’

‘Best nau WHI sekarang, ceria dan menghiburkan…’